EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kursus Asuhan Permata

 

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA

 

(KURSUS ASUHAN PERMATA)

 

 

Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990. 

 

 

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

 

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

  

 

PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN, JURULATIH DAN FASILITATOR KURSUS ASUHAN PERMATA

 

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan. 

 

 

 

FI KURSUS ASUHAN PERMATA

 

Fi Kursus Asuhan PERMATA ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 137 jam @ 23 hari sepenuh masa dan lebih kurang 4 bulan untuk mereka mengikuti  kursus tersebut pada hari hujung minggu.  Pada masa ini JKM ada menyediakan sebanyak RM500.00 seorang bertujuan untuk menggalak dan mengurangkan beban fi Kursus Asuhan PERMATA.    Insentif ini disalurkan terus kepada Agensi Latihan Diiktiraf oleh JKM.   Peserta Kursus Asuhan PERMATA boleh membeli Modul Kursus Asuhan PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus.