EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Skim Bantuan Kewangan Bagi Keluarga Miskin

Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.

Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan keluarga miskin adalah seperti berikut:

BIL. JENIS SKIM BANTUAN KADAR (RM) TUJUAN SYARAT KELAYAKAN KHUSUS TEMPOH PENERIMAAN
1. Bantuan Am Persekutuan (bagi WPKL dan WP Labuan sahaja)

Min:-

RM80.00 sebulan seorang

Maks:-

RM350.00 sebulan sekeluarga

Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari

• Pendapatan sebulan di bawahPGK semasa.
• OKU yang memerlukan.
• Orang terdampar.
• Orang papa.
• Kes wanita dan gadis dan sebagainya.
• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan

(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).

12 bulan
2. Bantuan Am Negeri Kadar bantuan bulanan adalah berbeza mengikut negeri 
 
Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing. Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan dipertimbangkan kepada keluarga miskin yang memerlukan.
 
12 bulan
3. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Min:-

RM100 sebulan seorang. 

Maks:- 

RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.
 
Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian, dan penjagaan sewajarnya.

Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka dengan sempurna.
• Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak)

• Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

• Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan :

• Kanak-kanak yatim/yatim piatu

• Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa / penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
 
12 bulan
4. Bantuan Latihan Aperantis 
(BLA)
 
RM200.00 sebulan seorang Membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. • Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM

• Bekas pelatih institusi JKM

• Kes seliaan akhlak JKM
 
6 bulan
5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
(BPT)
 
RM300 sebulan seorang • Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga

• Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar

• Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat

• Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan dan

• Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
• Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit Kronik Terlantar

• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

• Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU / Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa

• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
12 bulan
6. Geran Pelancaran (GP) Maksimum RM2,700 sekaligus • Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.

• Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan Kerajaan.
 
• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya

• Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan

• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan

• Kes-kes seliaan akhlak
Tiada