EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Syarat-syarat Penubuhan TASKA

Syarat-syarat penubuhan TASKA adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS). TASKA di rumah dikecualikan;
  2. Memenuhi standard minimum JKM:
    1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi;
      • • di bawah umur 3 tahun = 1 : 5
      • • 3 hingga 4 tahun = 1 : 10
      • • Kanak-Kanak OKU = 1 : 4
    2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
    3. Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK);
    4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA di rumah dan TASKA selainnya 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak;
    5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
    6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;
    7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA; dan
    8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA
  3. Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
    • • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • • Jabatan Bomba dan Penyelamat;
    • • Jabatan Kesihatan; dan
    • • Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)

Sebagai langkah mempermudahkan proses pendaftaran TASKA, Sijil Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh JKM kepada pengusaha yang mematuhi standard minimum JKM dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah Akta 308.