EN  |  BM  |  OTHER

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tindakan Undang-undang Jika TASKA Tidak Berdaftar

Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi standard minimum JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Didakwa di mahkamah dan boleh:
    • • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya;
    • • Bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  2. Pembatalan pendaftaran TASKA
  3. Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
  4. Arahan bertulis Ketua Pengarah
  5. Perintah tutup sementara TASKA berdaftar
  6. Lak (seal) TASKA tidak berdaftar

RUJUKAN

  • • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
  • • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285]
  • • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)1984
  • • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)1993
  • • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pemkompaunan Kesalahan 2011)