top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau   Bahasa 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Carian  
px6
 
 
   

Menu Utama

Undian

Tahukah anda mengenai permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU) dalam talian?
 

Aplikasi Dalam Talian

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Pautan Kementerian/Agensi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

Login Pengguna

JKM Mobile!

Mobile JKMLaman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh dilayari melalui Mobile!

Perkhidmatan Bantuan Kewangan Kebajikan PDF Print Emel


Pengenalan        

 

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.


Tujuan

Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut:

1. Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan;

2. Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari;

3. Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan  hidup   dengan  sempurna.

 

Kelayakan Umum Untuk Memohon Bantuan Kebajikan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah
  3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambilkira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Catitan

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.


Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online