top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Colour Selection   jinggamerahbiruhijau   Language 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Search  
px6
 
 
   

Main Menu

Poll

Are you aware of online application for OKU card?
 

Online Application

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Links to Ministry/Agencies

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

User Login

Mobile JKM!

Mobile JKM

Department of Social Welfare can now be accessed through Mobile!

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak PDF Print E-mail


Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu
yang ke - 44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989). Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.


Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 28.12.94 dan telah guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasi-reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan Malaysia.

 

Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa.


Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang disusun seperti berikut:

Bahagian I:
41 artikel mengenai hak kanak-kanak.

Bahagian II:
4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi bagi negara-negara anggota.

Bahagian III:
9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.


Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

  1. Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih
    sayang dalam suasana kekeluargaan.
  2. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.
  3. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian,
    dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:
  1. Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak.
  2. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.
  3. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya.
  4. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti / pelihara.
  5. Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.



 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online