top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau   Bahasa 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Carian  
px6
 
 
   

Menu Utama

Undian

Tahukah anda mengenai permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU) dalam talian?
 

Aplikasi Dalam Talian

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Pautan Kementerian/Agensi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

STATUS : Kad OKU dan Anak Pelihara

Login Pengguna

JKM Mobile!

Mobile JKMLaman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh dilayari melalui Mobile!

Pengurusan Bantuan dan Bencana JKM PDF Print Emel

Takrif Bencana

Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang.


Tahap-Tahap Pengurusan Bencana

Bencana Tahap 1
Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 2
Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua (2) Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap 1 dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 3
Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap 2, bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua (2) buah negeri. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar negara.

 

Peranan dan Tanggungjawab JKM di dalam Pengurusan Bencana

Sebagai anggota dalam Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyaluran bantuan dan pemulihan mangsa-mangsa bencana. Seperti yang terkandung dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai empat (4) peranan dan tanggungjawab utama iaitu:

1. Menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan.
2. Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan.
3. Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana.
4. Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.

 
Pendaftaran Mangsa Bencana

 1. Mangsa berpindah ke pusat pemindahan, pendaftaran diuruskan oleh JKM.

2. Mangsa yang tidak berpindah , pendaftaran diuruskan oleh JKKK.

 

* Senarai pegawai JKM yang boleh dihubungi ketika bencana berlaku boleh dilihat di bahagian Direktori di web portal ini.



 

=Terakhir Kemaskini pada Selasa, 08 November 2011 15:57
 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online