top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau   Bahasa 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Carian  
px6
 
 
   

Menu Utama

Undian

Tahukah anda mengenai permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU) dalam talian?
 

Aplikasi Dalam Talian

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Pautan Kementerian/Agensi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

Login Pengguna

JKM Mobile!

Mobile JKMLaman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh dilayari melalui Mobile!

Perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU PDF Print Emel
  1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
    • Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
    • Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
      • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
      • Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
      • Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.

  2. Geran Pelancaran (GP)
    • Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkantaraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM2,700.00 sekaligus dengan tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.

    • Kelayakan :
      1. Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
      2. Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan;
      3. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan; dan
      4. Kes-kes selian akhlak.

  3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    • Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
      • Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
      • Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

    • Kelayakan :
      1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya
      2. Bekerja sendiri atau dengan majikan
      3. Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
      4. Berumur 16 tahun ke atas
      5. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

  4. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
    • Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.

    • Kelayakan :
      1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
      2. Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
      3. OKU berdaftar dengan JKM
      4. Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
      5. Berumur antara 18-59 tahun
      6. Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
      7. Bukan perserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
      8. Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

  5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    • Skim bantuan ini adalah bertujuan untuk :
      • Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga
      • Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar
      • Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat
      • Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan
      • Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
    • Kadar bagi skim bantuan ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan.

    • Kelayakan :
      1. Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit Kronik Terlantar
      2. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
      3. Sedang memberi jagaan ahli keluarga yang OKU /Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa
      4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
      5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online