|
1. Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana
- Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKMM akan dibuka dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Bencana Tahap III (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
- Laporan status terkini kejadian Bencana Tahap III akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup.
2. Bantuan Jangka Pendek
- Bantuan Jangka Pendek iaitu makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa di pusat pemindahan.
3. Bantuan Jangka Panjang
- Keputusan Bantuan Jangka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima selepas berakhirnya sesuatu kejadian bencana.
4. Kaunseling dan Psikologi
- Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
|
|
Last Updated on Wednesday, 09 November 2011 16:20 |