|
Tajuk: Kursus 'Training Of Trainers' (TOT) Program Pementoran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
Tarikh: 8 Hingga 9 April 2010
PLPP, Bangi April 2010- Bahagian Kaunseling dan Psikologi telah mengadakan Kursus ‘Training Of Trainers' (TOT) bagi Program Pementoran Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bermula pada 8 hingga 9 April 2010 di Puasat Latihan dan Perindustrian Bangi
Slot Taklimat Program
Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari telah disusun kepada lapan (8) sesi bermula dengan sesi taklimat oleh En. Sharulizam bin Amat, Penolong Pengarah Kanan Unit Kauseling dari Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKM.
Sesi Ice Breaking telah dikendalikan oleh Encik Jamal Zaidi B Ismail daripada Bahagian Kanak-Kanak merangkap Pembantu Penyelaras Program Pementoran dan dibantu oleh Encik Zulhilmi Bin Suhaimi daripada Bahagian Kaunseling dan Psikologi bertujuan untuk menjalinkan kemesraan dan keserasian di antara pasangan mentor dan menti.
Slot Ice Breaking
Sesi ketiga, keempat dan kelima adalah Pengenalan & Strategi pelaksanaan, Etika & Kemahiran Asas Mentor dan Membina Plan Pembelajaran & Perhubungan yang disampaikan oleh En. Sadli Bin Osman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA . Seterusnya, pada hari ke dua sesi ke enam pula diadakan sesi Simulasi Dalam Pementoran yang dikendalikan oleh En. Wan Fadzil B. Wan Ali, Pegawai Psikologi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya di mana pada sesi ini peserta telah dilatih secara khusus bagaimana untuk mengendalikan sesi pementoran yang harus dilaksanakan sebanyak 4 fasa atau 2 kali pertemuan setiap bulan dalam tempoh 6 bulan bersama menti. Bagi sesi ketujuh pula peserta diberi penerangan tentang kaedah membuat Penilaian dan Laporan yang perlu dibuat sepanjang program pementoran berlangsung.
Slot Ceramah Pementoran
Sesi kelapan adalah perbincangan bersama mentor dan menti serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pementoran JKM tentang pelan tindakan dan strategi pelaksanaan program pementoran yang telah dipengerusikan oleh Puan Che Azizah bte Che Rashid, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, JKM. Antara cadangan yang dikemukakan adalah penubuhan Kelab Pementoran JKM dan slot khas di dalam laman web JKM untuk sudut pementoran. Perlantikkan mentor dan menti akan diumumkan di dalam slot perhimpunan pagi di dalam sesi pelancaran program pementoran yang akan dilancarkan oleh Dato’ Meme Bt. Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Sesi Perbincangan dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Program Pementoran JKM
Kursus TOT dan program pementoran yang diperkenalkan oleh JPA ini pada dasarnya adalah satu program yang murni dan sangat baik untuk diterapkan di dalam perkhidmatan Awam khususnya di organisasi. Program ini adalah bagi memupuk sikap yang posisif, minda yang kreatif, membantu dan memberi tunjuk ajar khususnya kepada kakitangan-kakitangan yang baru dilantik atau dinaikkan pangkat supaya serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru. Melalui program ini juga, kelak mentor dan menti ini akan menjadi insan yang lebih baik dan pekerja yang lebih cemerlang.
|