top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Colour Selection   jinggamerahbiruhijau   Language 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Search  
px6
 
 
   

Main Menu

Poll

Are you aware of online application for OKU card?
 

Online Application

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Links to Ministry/Agencies

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

User Login

Mobile JKM!

Mobile JKM

Department of Social Welfare can now be accessed through Mobile!

Garis Panduan Taska Komuniti PDF Print E-mail


1. Mengenal Pasti Premis TASKA 1Malaysia


PKMN atau PKMD mengenal pasti premis yang sesuai untuk dijadikan dijadikan Taska 1Malaysia dengan kesesuaian sekitar 30 orang kanak-kanak.Syarat-syarat premis samada:

(a)  Jenis Bangunan

 

  • Banglo
  • Rumah berkembar
  • Rumah teres
  • Rumah khas untuk taska
  • Bangunan baru dibina
  • Rumah pangsa


 

(b)  Keperluan Lokasi

 

  • Kawasan keluarga berpendapatan rendah
  • Kawasan tempat kerja
  • Mempunyai kemudahan pengangkutan awam


 

(c)   Cadangan Lokasi Yang Sesuai


(i)   Bandar

 

  • Kawasan setinggan
  • Rumah panjang
  • Transit sementara
  • Perumahan pangsa
  • Perumahan kos rendah
  • Perkampungan tradisi
  • Perumahan PPRT

 


(ii)  Luar Bandar

 

  • Perumahan kos rendah
  • Bandar kecil
  • Perumahan PPRT
  • Kampung tradisi
  • Kawasan industri kecil
  • Perumahan baru

 

2. Mengenal Pasti Kumpulan Sasar

Kenalpasti kumpulan sasar yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 di Bandar dan RM 1,200 di luar bandar:

i)    Kakitangan kerajaan
ii)   Pekerja swasta
iii)  Pekerja industri
iv)  Bekerja kampung
v)   Peniaga kecil-kecilan
vi)  Petani
vii) Buruh
viii)Penerima Bantuan dll.

Permohonan untuk mendapatkan subsidi perlu dikemukakan kepada PKMD untuk kelulusan dengan  mengisi Borang Permohonan seperti di Lampiran A.


3. Penubuhan Jawatankuasa TASKA 1Malaysia

Jawatankuasa Taska Komuniti perlu ditubuhkan oleh PKMD apabila pengiktirafan kepada pertubuhan/organisasi telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Taska Komuniti. Jawatankuasa ini bertujuan perjalanan/pengoperasian taska komuniti, Jawatankuasa ini terdiri daripada:


Pengerusi - Dilantik oleh PKMD
Setiausaha - Penyelia Taska Komuniti
Bendahari -  Wakil Organisasi yang diiktiraf
AJK -  Pegawai Taska Daerah
3 wakil agensi teknikal
Wakil ibubapa
Wakil Jawatankuasa Penduduk
Wakil Pengasuh


4. Organisasi/ Pertubuhan yang Dibenarkan Menjalan TASKA 1Malaysia

(i)     Pertubuhan yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak;
(ii)    Berdaftar dengan ROS; atau
(iii)   Persatuan Taska/Pengasuh Negeri; atau
(iv)  Organisasi di IPTA; atau
(v)   Jawatankuasa/Pertubuhan mengikut Akta di bawah J KM; atau
(vi)  Jawatankuasa/Pertubuhan di bawah pentadbiran JKM.

 

5. Proses Permohonan

(i)     PKMN/PKMD mengenalpasti keperluan menubuhkan Taska Komuniti di kawasan tertentu.
(ii)    Kenalpasti premisdan lokasi yang sesuai.
(iii)    Kenalpasti Pertubuhan/Organisasi yang akan mengendalikan Taska Komuniti.
(iv)   Pertubuhan/Organisasi mengemukakan kertas permohonan bagi penubuhan mengikut Formatyang disediakan                   melalui PKMD seperti di Lampiran B.
(v)   PKMD membuat syur kepada PKMN
(vi)  PKMN memberi sokongan untuk dikemukakan kepada KPKM.
(vii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan memberi pengiktirafab permohonan bagi mengwujudkan Taska Komuniti.

 

6. Tanggungjawab Pertubuhan/ Organisasi yang Diberi Pengiktirafan

(i)    Perlu memohon untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran.
(ii)   Permohonan pendaftaran menggunakan nama didahului dengan nama TASKA PENYAYANG.
(iii)  Permohonan dibuat melalui PKMD/PKMN.
(iv) Menyediakan Taska Komuniti mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Akta dan Peraturan
(v)  Menjalankan operasi mengikut Akta dan Peraturan.

 

7. Pengendalian  Operasi  TASKA

(i)     Pertubuhan/Organisasi yang diberi pengiktirafan bersama Pegawai Taska Daerah menyediakan kelengkapan dan             peralatan Taska supaya mencukupi.
(ii)    Memohon untuk perakuan pendaftaran Taska Komuniti.
(iii)   Membuat pengambilan kanak-kanak mengikut had yang ditetapkan.
(iv)  Membuat promosi atau edaran risalah.
(v)   Menentukan Penyelia, Pengasuh dan pekerja-pekerja.
(vi)  Menentukan kemudahan domestik dipasang seperti bekalan air, elektrik dan telefon.
(vii)  Menentukan pembedan subsidikepada keluarga yang layak telah mendapat kelulusan PKMD.
(viii) Tempoh perkhidmatan Taska ditentukan berdasarkan keperluan komuniti:

  • Sepenuh hari 6.30 pagi hingga 6.00 ptg
  • Separuh hari 6.30 pagi hingga 2.00 ptg

(ix)Program/Aktiviti yang dilaksanakan mesti mematuhi Peraturan dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

Last Updated on Tuesday, 15 January 2013 17:00
 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online