top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau   Bahasa 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Carian  
px6
 
 
   

Menu Utama

Undian

Tahukah anda mengenai permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU) dalam talian?
 

Aplikasi Dalam Talian

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Pautan Kementerian/Agensi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

Login Pengguna

JKM Mobile!

Mobile JKMLaman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh dilayari melalui Mobile!

Meningkatkan Profesionalisme Dalam Kerja Sosial Di Malaysia PDF Print Emel

MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM KERJA SOSIAL DI MALAYSIA

(MELALUI PENUBUHAN PIAWAIAN KOMPETENSI DAN

PENGGUBALAN AKTA PEKERJA SOSIAL)

 

RASIONAL


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (PPSM) dan  the United Nations Children’s Fund (UNICEF) sedang menerajui pengenalan era baru profesionalisme dalam kerja sosial berlandaskan amalan terbaik di peringkat antarabangsa yang berasaskan kompetensi. Inisiatif ini akan ada kesan positif terhadap masalah sosial yang kompleks yang telah muncul dalam dunia yang kian global dengan perubahan yang pesat.


Jemaah Menteri telah meluluskan beberapa cadangan oleh KPWKM pada 23 April 2010 seperti berikut:

i)     Mewujudkan Piawaian Kompetensi Kerja Sosial Kebangsaan;

ii)    Menggubal Akta Kerja Sosial untuk melaksanakan piawaian kompetensi kerja sosial;

iii)   Menubuhkan Majlis Kerja Sosial di bawah Akta Kerja Sosial untuk mengawal pengamal dan pendidik kerja sosial;

iv)   Menyelaras program pendidikan kerja sosial di institusi pengajian tinggi;

v)    Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melantik pekerja sosial yang berkelayakan ke dalam sektor awam; dan

vi)   Meningkatkan Institut Sosial Malaysia dan institusi latihan lain yang diakreditasi untuk menawarkan kursus kerja sosial di peringkat sijil dan diploma.


Inisiatif ini telah diambil untuk menangani kemerosotan keupayaan sektor tradisional penjagaan tidak formal yang merangkumi keluarga, saudara dan komuniti untuk menghadapi masalah individu dan sosial yang kompleks dalam masyarakat.


Rasional tindakan ini disokong oleh risiko kecederaan yang kian meningkat ke atas klien sekiranya pekerja sosial tidak mempunyai kompetensi yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan mereka.


Oleh yang demikian, usaha memprofesionalisasikan kerja sosial merupakan peristiwa yang penting di Malaysia ke arah menetapkan sumber dalam kerajaan untuk memudahkan perbekalan dan penyampaian perkhidmatan sosial yang efisien, berkesan dan bersesuaian.  Ia mencerminkan komitmen JKM, KPWKM, PPSM dan UNICEF terhadap penjagaan, keselamatan dan perlindungan semua rakyat, khususnya golongan yang berkeperluan seperti kanak-kanak dan keluarga, orang kurang upaya, warga tua, orang yang mengidap masalah fizikal dan mental dan kumpulan lain yang menghadapi penindasan dan ancaman.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

=Terakhir Kemaskini pada Jumaat, 18 Mei 2012 15:56
 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online