top
 
px5
facebooktwitterrssw3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau   Bahasa 
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)others
Carian  
px6
 
 
   

Menu Utama

Undian

Tahukah anda mengenai permohonan kad Orang Kurang Upaya (OKU) dalam talian?
 

Aplikasi Dalam Talian

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya

semakan status permohonan kad OKU

Sistem Kursus Asuhan Kanak-kanak
Permohonan Anak Pelihara

MyResearch

Skuad Pengguna

Pautan Kementerian/Agensi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara NAM Institute for the Empowerment of Women
Institut Sosial Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita

SSO Semakan Status

Login Pengguna

JKM Mobile!

Mobile JKMLaman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh dilayari melalui Mobile!

KAR1SMA KRISMAS 2011 PDF Print Emel

 

KAR1SMA ialah singkatan bagi Kebajikan Rakyat 1 Malaysia. Ianya merupakan wadah untuk membangunkan masyarakat menerusi program bantuan kemasyarakatan secara holistik. Dari perspektif Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia melalui KAR1SMA golongan sasar yang menerima perkhidmatan kerajaan akan digalakkan berusaha gigih untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan hidup berdikari. Sebagai bukti komitmen Kerajaan kepada rakyat, sebanyak RM1.4 billion diperuntukkan setiap tahun bagi menjayakan Program KAR1SMA yang memberi manfaat kepada 500,000 penerima sumbangan meliputi kanak-kanak, OKU, warga emas, balu tentera dan polis serta komuniti. Lima buah kategori KARISMA ini merupakan sasaran kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan welfare society dan menjadikan KPWKM melalui JKM sebagai pemain utama di peringkat perlaksanaan.

 

Susulan dari itu, satu program yang dinamakan sebagai Program KAR1SMA KRISMAS telah dijalankan dengan jayanya pada 22 Disember 2011. Bahagian Pembangunan Komuniti Ibu Pejabat JKM telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Komuniti Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Program KAR1SMA KRISMAS diadakan sempena sambutan Perayaan Krismas disamping majlis ramah mesra YB Menteri bersama penghuni-penghuni di Pusat Jagaan kendalian Pertubuhan Sukarela Kebajikan. Jabatan telah mengenalpasti 300 orang penghuni dari lain- lain Pertubuhan Sukarela Kebajikan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan sasar untuk hadir menyertai Program ini.

 

Klik di sini untuk laporan lengkap

=Terakhir Kemaskini pada Jumaat, 13 Januari 2012 17:32
 
latar belakang bahagian kanan atas

Friends Online