|
Bil.
|
Perkara |
Kementerian/ Jabatan/Agensi |
|
1.
|
Pengecualian Cukai Jalan. OKU Fizikal. Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja
|
Kementerian Pengangkutan
Jabatan Pengangkutan Jalan |
|
2.
|
Kemudahan pengangkutan awam
- Potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress ( Mulai 20 Julai 2009 )
- MAS 50% penerbangan domestik
- KTM 50% bagi semua kelas
|
Kementerian Pengangkutan/ Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia
|
|
3.
|
Program Pendidikan Khas
|
Kem. Pelajaran/Bah. Pendidikan Khas |
|
4.
|
Program Pendidikan Integrasi
|
Kementerian Pelajaran |
|
5.
|
Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
|
Kementerian Pelajaran |
|
6.
|
i. Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT
- Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
- Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (sepenuh masa) meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian.
- Bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan (separuh masa/ pengajian jarak jauh) diberi pada kadar tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja.
- Maklumat lanjut di laman web : http://www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/oku-ipt
ii. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej Komuniti
- Diberikan kepada pelajar OKU (kurang upaya Pendengaran) yang mengikuti program pendidikan khas ( sijil kemahiran khas ) di politeknik terpilih.
- Kadar bantuan adalah RM3360/semester, mengambil kira bantuan yuran, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.
iii. Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA
- Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa) yang hanya berdasarkan kelayakan minima sajaha.
- Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA.
|
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Bahagian Biasiswa
|
|
7.
|
Kod amalan akses bagi OKU:-
- Bangunan baru wajib ada ram dan railings
- Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
- Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
- Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya
|
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan |
|
8.
|
Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
- Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
- Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU.
- Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
- Mulai 2005 pelepasan cukai diri sebanyak RM 6000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
|
Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil |
|
9.
|
Kadar sewa rumah yang rendah
|
DBKL
|
|
10.
|
Potongan harga 20 % pembelian rumah
|
Kementerian Kewangan/ Syarikat Perumahan Negara Berhad
|
|
11.
|
Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
- Bayaran wad kelas 3
- Bayaran pakar
- Bayaran ubat
- Hanya hospital kerajaan
|
Kementerian Kesihatan |
|
12.
|
Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
|
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen |
|
13.
|
Kemudahan peluang pekerjaan
- Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008 : dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
|
Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja |
|
14.
|
Geran galakan perniagaan OKU
- Telah berniaga
- Usia 18 tahun keatas
- Individu dan berkelompok
- Geran berbentuk one-off
|
Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja |
|
15.
|
Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan
|
Kementerian kewangan
|
|
16.
|
Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
- OKU Fizikal sahaja
- Ada lesen memandu yang khas
- Kereta nasional sahaja
- Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran Kem.Kewangan
- Sebuah kereta setiap 10 tahun
|
Kementerian Kewangan |
|
17.
|
Pencen terbitan
- Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
|
JPA – Bahagian Pencen |
|
18.
|
Waktu bekerja anjal
- Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
|
Jabatan Perkhidmatan Awam |
|
19.
|
Kemudahan Telekom Malaysia di bawah Pakej Penyayang
- Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja
- Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103).
- Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan Menunggu atau Pemindahan Panggilan
Syarat-syarat untuk melanggani kemudahan ini adalah seperti berikut :
- Hanya layak kepada OKU yang berdaftar dengan JKM sahaja.
- OKU warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Jika pemohon OKU berumur kurang dari 18 tahun, mereka boleh memohon untuk mendaftarkan talian telefon atas nama ibu/bapa atau penjaga yang sah dan berumur 18 tahun ke atas dengan mendapat surat pengesahan yang bercop daripada JKM, jabatan kerajaan atau ketua kampung.
- Pemasangan perkhidmatan telefon di bawah pakej ini hanya layak dipasang di premis kediaman dan dimana pemohon OKU tinggal.
- Tempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaran pakej ini adalah selama satu (1) tahun.
- Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan baru atau sedia ada didapati melanggar syarat-syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan.
|
Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia |
|
20.
|
50%potongan yuran pengajian |
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) |
|
21.
|
Bantuan Am
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
22.
|
Elaun Pekerja Cacat
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
23.
|
Geran Pelancaran |
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
24.
|
Bantuan alat tiruan/sokongan
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
25.
|
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
26.
|
Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKMM |
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
27.
|
Bengkel Terlindung |
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
28.
|
Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU |
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
29.
|
Khidmat nasihat dan kaunseling
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
30.
|
Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 Sebulan |
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
| 31. |
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan
|
Jabatan Kebajikan Masyarakat |
| 32. |
Pengecualian bayaran :-
- Bayaran membuat MyKad
- Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian
|
Jabatan Pendaftaran Negara |