top
 
px5
w3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau Saiz Huruf   a-a+ Bahasa  
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)
Carian  
px6
 
 
   
Rumah Tunas Harapan PDF Print Emel


Rumah Kanak-Kanak Sistem Berkeluarga

Rumah Tunas Harapan atau Rumah Kanak-kanak Sistem Berkeluarga merupakan satu inovasi dalam penjagaan kanak-kanak yang tiada keluarga kandung dengan menempatkan 8 hingga 10 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah biasa berbanding dengan penempatan mereka di Rumah Kanak-Kanak sedia ada. Disamping berpeluang membesar dalam suasana kekeluargaan, mereka dididik mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing. Projek Rumah Tunas Harapan adalah kejayaan "Perkongsian Bijak" diantara Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan badan-badan korporat, agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan kebajikan sukarela dan masyarakat tempatan. Badan-Badan korporat telah membiayai kos pembinaan, sementara Kerajaan Negeri menyediakan tanah dan masyarakat tempatan menyumbangkan kemudahan-kemudaha serta sokongan lain.


Sehingga kini terdapat 8 buah Rumah Tunas Harapan (RTH) yang telah dibina dengan kerjasama pelbagai sektor korporat seperti :

1. RTH Tengku Ampuan Rahimah - Kuala Selangor, Selangor
2. RTH Payong Seri Sejahtera - Seri Mananti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
3. RTH Kuala Terengganu - Terengganu
4. RTH Semarak Kasih - Bemban, Melaka
5. RTH Taman Kemumin - Kota Bharu, Kelantan
6. RTH BAKTI - Sungai Buloh, Selangor
7. RTH Semai Bakti - Pusat Bandar, Jengka Pahang
8. RTH Sepenuh Hati Jaya Jusco - Bukit Beruntung, Selangor

Dikemaskini Pada ( Friday, 25 September 2009 09:26 )