top
 
px5
w3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau Saiz Huruf   a-a+ Bahasa  
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)
Carian  
px6
 
 
   
Job Coach PDF Print Emel


Job Coach (JC) telah bermula pada tahun 2006 dan diperkenalkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi membantu penempatan pekerjaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Peranan Job Coach adalah menjadi perantaraan antara OKU dan majikan bagi membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja,mengambil kira keupayaan OKU supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif.


Selain daripada itu, peranan Job Coach adalah mewujudkan hubungan saling memahami antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan-rakan sekerja agar mereka dapat membantu OKU bekerja secara berterusan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Job Coach berperanan membantu OKU dan majikan :

  1. Membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja
  2. Mengambil kira keupayaan OKU supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa, produktif dan seterusnya kekal dalam pekerjaan.
  3. Memberi sokongan pekerjaan kepada OKU

Seramai 40 orang Job Coach telah dilatih dan dari jumlah ini 10 orang (Pegawai JKM, Jabatan Tenaga Kerja, NGO dan seorang pegawai latihan GCH ) telah dihantar berkursus di Jepun di bawah tajaan Japan International Cooperation Agensi (JICA).

Program Job Coach kini dijalankan di Giant Hypermarket, Denso and Sony.

  • Dasar 1 % Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Kepada OKU

Pekeliling Perkhidmatan bil 3/2008 : Pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada orang kurang upaya, mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008.

JKM diberi tanggungjawab:

  • Mendaftar pencari kerja OKU.
  • Memantau pelaksanaan pekeliling agar semua agensi mematuhi pekeliling melalui laporan berkala 6 bulan sekali oleh Agensi.
  • Pendekatan Job Coaching bagi membantu OKU dan agensi di tempat kerja.
  • Perbincangan bersama OKU dari semasa ke semasa.

Pendaftaran Maklumat Pencari Kerja OKU dimulakan pada bulan Julai 2008. Sehingga Mac 2009 seramai 396 OKU telah berdaftar.

  • 200 calon dirujuk ke Jabatan Tenaga Kerja bagi mengisi maklumat untuk pekerja sektor swasta
  • 6 OKU telah berjaya bagi jawatan Pembantu Perkeranian dan Operasi (N17) dan seorang OKU bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41) telah berjaya berkhidmat di sektor awam
  • Bagi tahun 2009, seorang OKU Penglihatan diterima sebagai  sebagai Pegawai Psikologi (S41) dan bertugas di Jabatan Pembangunan OKU, JKM.

Di sektor swasta, Pendaftaran melalui Sistem Pendaftaran Orang Kurang upaya (SPOKU) dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja dari tahun 1990 sehingga Disember 2008 seramai 10,332 dan seramai 7,565 OKU telah berjaya ditempatkan di sektor swasta. Pada tahun 2008 sahaja seramai 722 pencari kerja OKU telah berdaftar dan 552 orang berjaya ditempatkan di sektor swasta.