|
JKM Cuai 2 kali Hilangkan Borang Permohonan |
|
|
|
|
Saya ingin merujuk kepada surat pembaca Pemohon Kecewa, Kuala Lumpur pada 23 April 2008 bertajuk ‘JKM Cuai Dua Kali Hilangkan Borang Permohonan’.
JKMM mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengadu mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh beliau mengenai perkhidmatan JKM. Perkara ini amat dipandang serius oleh pengurusan tertinggi JKMM terutama mengenai ketidaksampaian wang bantuan Kerajaan Persekutuan kepada klien jabatan.
Siasatan segera telah dilakukan dan hasil siasatan mendapati berlaku salah faham terhadap aduan yang diutarakan oleh pengadu mengenai pemberian wang bantuan beliau. Hal ini disebabkan kerana pengadu tidak menerima surat makluman pengambilan wang bantuan yang dikeluarkan oleh JKM Wilayah Persekutuan sebanyak dua kali kepada beliau. Walau bagaimanapun, pengadu telahpun menerima wang bantuan tersebut.
JKMM memohon maaf kepada pengadu di atas salah faham yang berlaku. Akan tetapi, sekiranya berlaku sebarang permasalahan di masa hadapan, pengadu bolehlah menghubungi JKMM di talian 03-2616 5756.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Siaran Akhbar :
- JKM Cuai Dua Kali Hilangkan Borang Permohonan (Berita Harian, 23 April 2009, page 28)
|
|
Dikemaskini Pada ( Monday, 07 September 2009 13:03 )
|