top
 
px5
w3c Pilihan Warna   jinggamerahbiruhijau Saiz Huruf   a-a+ Bahasa  
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)
Carian  
px6
 
 
   
JKM Dipertikai Isu Rumah Warga Emas Bukit Larang PDF Print Emel
Wednesday, 08 July 2009 18:06

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca bertajuk “JKM Dipertikai Isu Rumah Warga Emas Bukit Larang” oleh Pengadu Prihatin yang tersiar pada 9 Jun 2009. Bagi pihak JKMM saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan pengadu terhadap masalah warga emas di Rumah Warga Emas Bukit Larang.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pengadu adalah mengenai sesi lawatan mengejut yang dilaksanakan oleh JKM Melaka didakwa tidak diadakan secara menyeluruh; pembayaran bil utiliti yang didakwa tidak mampu ditanggung oleh penghuni; ketiadaan kemudahan pengangkutan untuk membawa penghuni beriadah atau ke klinik; dan penghuni didakwa dibebani dengan kos pembaikan barang-barang elektrik yang berada di rumah yang mereka duduki.

Untuk makluman Pengadu Prihatin, JKM Negeri Melaka sentiasa mengadakan lawatan penyeliaan ke setiap rumah di Rumah Warga Emas Bukit Larang, Melaka sama ada dirancang atau mengejut, termasuk pada 3 Jun 2009. Tujuan lawatan ini antara lain adalah untuk memastikan kesejahteraan penghuni-penghuni sentiasa terbela sepanjang masa, di samping menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong royong dan ramah mesra bersama warga Rumah Warga Emas tersebut bagi mengeratkan hubungan baik di antara JKM Negeri Melaka dan para penghuni.

Pada masa yang sama, JKMM juga sentiasa mengambil berat dan memberi keutamaan terhadap kebajikan dan keperluan para penghuni dari semasa ke semasa terutamanya keperluan ke klinik kesihatan. Dalam hal ini, kenderaan persendirian turut digunakan bagi urusan berkenaan dengan kerjasama penyelia ekoran jumlah kenderaan Jabatan yang terhad agar kesejahteraan penghuni sentiasa terjaga.

Hasil semakan yang dibuat oleh JKM Negeri Melaka mendapati kebanyakan bil penghuni adalah kurang dari RM20.00 sebulan. Untuk itu, dengan kadar kurang dari RM20.00 sebulan, secara automatik penghuni dikecualikan dari bayaran di bawah peruntukan Bajet 2009. Untuk makluman pengadu juga mulai Jun 2009, JKM Negeri Melaka akan memberi subsidi sebanyak RM10.00 untuk menampung bil air para penghuni yang melebihi kadar RM20.00 sebulan.

Adalah diakui sememangnya hanya seorang sahaja penghuni yang layak menerima bantuan makanan yang dikendalikan oleh MAIM. Selebihnya, para penghuni di sana menerima wang bantuan bulanan dari JKM secara tunai.

Untuk makluman Pengadu, memandangkan projek ini adalah perkongsian bijak di antara pihak swasta, komuniti dan Kerajaan, maka penyelenggaraan peralatan adalah di bawah tanggungjawab penghuni yang mana sumber dana datang dari sumbangan badan korporat, swasta atau komuniti yang prihatin terhadap warga emas ini. Namun sekiranya berlaku kerosakan yang melibatkan struktur rumah yang didiami, pihak Kerajaan Negeri akan menampung segala kos pembaikan dan penyelenggaran tersebut.

Sukacita dimaklumkan JKMM sentiasa komited dan memberi keutamaan terhadap kualiti perkhidmatan kami di seluruh negara bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan hidup penghuni sentiasa terjaga dan terpelihara. JKMM juga sentiasa mengalu-alukan dan menghargai sebarang cadangan, pandangan atau komen daripada orang ramai untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami.

Sekiranya pengadu prihatin mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, Pengadu adalah amat dialu-alukan untuk berhubung dengan pegawai kami iaitu Encik Mohd Azahari Mohd Daud - Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah - 06-232 8335 atau Encik Roslan Baba - Pengarah JKM Negeri Melaka 06-232 4716 atau Puan Halijah Yahaya - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM 03-2616 5755.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia

 

 

Siaran Akhbar :

  1. JKM Dipertikai Isu Rumah Warga Emas Bukit Larang (Berita Harian, 9 Jun 2009, m.s 28)
Dikemaskini Pada ( Monday, 07 September 2009 13:04 )
 

Perkhidmatan Atas Talian

Aplikasi Online JKMM


Aplikasi Gunasama

Piagam Pelanggan

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasi bagi kumpulan sasar seperti berikut:-