top
 
px5
w3c Colour Selection   jinggamerahbiruhijau Font Size   a-a+ Language  
English (United Kingdom)Malay (Malaysia)
Search  
px6
 
 
   
31.12.2009-Pencapaian NKRA - Bayaran Bantuan Kebajikan Pada Setiap 1 Hari Bulan PDF Print E-mail
There are no translations available.


31hb. Disember 2009
KENYATAAN AKHBAR
YB. SENATOR DATO' SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
MENTERI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT

PENCAPAIAN NKRA - BAYARAN BANTUAN KEBAJIKAN
PADA SETIAP 1 HARI BULAN
______________________________________________________________________________

 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan pembayaran wang bantuan kebajikan kebajikan pada setiap 1 hari bulan bagi semua penerima bantuan seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mulai Januari 2010. Dengan ini, satu daripada pencapaian yang telah ditetapkan bagi Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Results Area (NKRA) KPWKM dari segi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dapat direalisasikan.

 

Bayaran bantuan pada 1hb setiap bulan telah dilaksanakan bermula 1hb September 2009 di Semenanjung Malaysia iaitu lebih awal dari tarikh sasaran sebenar. Dengan pencapaian ini, bayaran bantuan kebajikan yang dibuat pada awal bulan dijangka dapat membantu penerima bantuan merancang perbelanjaan keluarga mereka dengan lebih teratur dan efektif supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 

Last Updated ( Monday, 04 January 2010 13:03 )