Top banner 1

  Pengumuman:

PERUTUSAN PENGARAH



ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM KEBAJIKAN

 
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL). JKMWPKL ditubuhkan pada tahun 1974 dan bertujuan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang, memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional serta perkongsian tanggungjawab yang strategik.
 
Pengujudan Laman Web JKMWPKL diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan umum mengenai Jabatan, fungsi-fungsi dan tanggungjawabnya serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada kumpulan sasar Jabatan.
Objektif utama Laman Web adalah untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan JKMWPKL secara terus, cepat dan tepat. Ia juga merupakan salah satu cara dan strategi Jabatan untuk mempertingkat dan memantapkan perkhidmatan JKMWPKL kepada kumpulan sasar dan orang ramai, sekaligus ianya menjadi satu kaedah yang penting dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu pentadbiran.
 
Saya berharap maklumat yang dipaparkan melalui Laman Web JKMWPKL ini dapat memberi manfaat kepada semua yang melayarinya.
 
 
Sekian
 
  
FATIMAH ZURAIDA BINTI HAJI SALLEH
PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR