Pengumuman

Perutusan Pengarah


Assalamualaikum W.B.T dan salam kebajikan,

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Darul Khusus. Laman ini disediakan sebagai satu platform yang mudah dicapai oleh semua golongan masyarakat untuk perkongsian maklumat, info terkini yang cepat dan tepat berkaitan JKM Negeri Sembilan. Laman ini juga membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat dan idea ke arah kesejahteraan dan kebajikan bersama.

Jabatan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua kumpulan sasar Jabatan di semua peringkat. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan strategik Jabatan samada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama ke arah kesejahteraan kumpulan sasar.

Kepada semua warga kerja JKM di Negeri Sembilan, ayuh kita berganding bahu memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Semoga kita mendapat ganjaran yang tidak ternilai. Akhir kata, dalam menuju era globalisasi diharapkan laman web ini dapat menjadi medium utama dalam pengaliran arus maklumat dua hala yang berterusan dan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat di Negeri Sembilan khususnya. Sekian.

Rosnah binti Sardi
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan