Top banner 1

  Pengumuman:

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, taufik, hidayah serta inayahNya kita masih berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dalam lindunganNya. 
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Penggunaan laman web ini telah menjadi satu saluran alternatif dalam komunikasi dua hala serta berfungsi sebagai media perantara dalam menyebarkan informasi-informasi kepada semua lapisan masyarakat terutamanya warga JKM dan kumpulan sasar jabatan ini. Ianya juga menjadi satu kaedah yang penting dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu pentadbiran.

Akhir kata, saya berharap agar penyampaian informasi melalui penggunaan laman web ini dapat memberi kemaslahatan kepada semua pihak. Justeru, kami akan terus menjadikan laman web ini sebagai alat penyebaran ilmu.
Sekian. Terima Kasih.

ZULKHAIRI BIN ZAINOL ABIDIN
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Darul Makmur