Pengumuman

Bantuan Am Negeri

BANTUAN AM NEGERI

KADAR
1. Dari RM100.00 sehingga RM300.00 sahaja.
2. Anggaran perbelanjaan asas bagi setiap ahli keluarga RM210.00 seorang (Pendapatan garis kemiskinan negeri sebanyak RM830.00 dibahagikan kepada jumlah tanggungan iaitu 4 orang sekeluarga.)

OBJEKTIF
1. Membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga yang tidak berkemampuan; dan
2. Membantu golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan kerana kemiskinan, kecacatan, masalah keluarga, usia tua dan sebagainya.

SYARAT UTAMA KELAYAKAN
1.  Warganegara Malaysia dan bermastautin di Perlis.
2.  Permohonan hendaklah dibuat atas nama ketua keluarga.
3. Pendapatan seisi keluarga pemohon adalah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM830.00 sebulan bagi 4 orang sekeluarga (namun, bantuan boleh dipertimbang berdasarkan jumlah isi rumah);
?4. Permohonan perlu mengambil kira usia pemohon, bilangan tanggungan, keaadaan rumah kediaman, ketidakupayaan, keuzuran dan lain-lain; dan
5. Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan bagi kes-kes tertentu.