Pengumuman

Perutusan Pengarah

 

 Perutusan Pengarah Negeri
 Salam Sejahtera kepada Semua

 Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kerana di beri kesempatan untuk memberi  ucapan dalam Laman Web JKM Negeri Perak. 

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk memajukan teknologi maklumat di kalangan Jabatan/Agensi-Agensi Kerajaan supaya kita tidak ketinggalan  dalam menuju era baru.Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah agensi yang memberi perkhidmatan kepada kumpulan sasar utama.

Sebagai sebuah Agensi Kerajaan yang mempunyai misi untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang masyarakatnya sejahtera dan mengamalkan budaya Ikram saya percaya penyebaran maklumat tentang Jabatan ini melalui Laman Web akan memberi manafaat kepada orang awam dalam usaha-usaha mencapai objektif Jabatan ini.

Jabatan ini telah menghulurkan berbagai-bagai khidmat sosial kepada kumpulan sasar seperti kanak-kanak, juvana, wanita, warga tua, orang papa, orang kurang upaya, keluarga dan komuniti. Selain daripada memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada mereka, Jabatan ini telah memberi tumpuan kepada khidmat pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari bagi menghadapi cabaran- cabaran di alaf baru ini.

Saya berharap dengan pelancaran Laman Web Jabatan ini, orang awam khususnya rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan, akan mendapat maklumat mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Darul Ridzuan serta perkhidmatan sosial yang dihulurkan dengan lebih mudah dan cepat. Justru itu, pembangunan dan kesejahteraan sosial di kalangan rakyat khususnya di Negeri ini akan terus diberi perhatian setiap masa.

Namun begitu, Jabatan ini sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina demi kepentingan, dan kesejahteraan sosial rakyat jelata.

Mudah-mudahan, kita akan maju untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.
 
Sekian Terima Kasih