Pengumuman

Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t./Salam Sejahtera
Pertama saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, maka terlaksananya laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Justeru itu usaha sebegini amatlah dialu-alukan bagi memenuhi cabaran alaf baru abad ke 21. Oleh itu segala perancangan gerak kerja dan mutu perkhidmatan JKM haruslah dipertingkatkan prestasinya sejajar dengan Wawasan 2020 dan Wawasan Selangor Maju 2005 berpaksikan kepada Tonggak 10. Sesungguhnya objektif utama laman web ini diadakan untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan pihak JKM secara terus, cepat dan tepat. Ia juga merupakan salah satu cara dan instrument untuk mempercepatkan dan melicinkan perkhidmatan JKM kepada kumpulan sasar, orang ramai, sekaligus setiap perkhidmatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, berkualiti dan berterusan.
 
Maklumat yang disalurkan juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan keilmuan kepada setiap golongan masyarakat tentang bidang tugas JKM dan perkhidmatan yang ditawarkan di samping aspek-aspek lain yang berkaitan. Justeru itu, konsep penjimatan masa, tenaga dan kerenah birokrasi dapat dikurangkan dan penumpuan utama dapat dibuat kepada aspek perlaksanaan dan penilaian impak bagi perkhidmatan yang dipasarkan kepada masyarakat.
 
Oleh yang demikian, saya amat berharap dan menyeru agar setiap ahli masyarakat Malaysia dapat manafaatkan laman web ini dengan sebaik mungkin. Semoga dengan usaha ini hubungan JKM dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan bertambah erat berteraskan inspirasi dan wawasan negara.
 
"SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JKMN SELANGOR"
 
Sekian, terima kasih dan wassalam.
"BERKAT BERJASA"
 
Ikhlas,
(Haji Azmir bin Kassim)
Pengarah Kebajikan Masyarakat
Negeri Selangor