Top banner 1

  Pengumuman:

JOM SERTAI KAMI ! Psychology Support Team (PST) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

JOM SERTAI KAMI!!
 
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!!!

 
Matlamat penubuhan :
  • Pasukan ini ditubuhkan bagi memperkasakan keperluan perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dalam konteks “engagement dan outreach” dalam komuniti;
  • Menyediakan platform untuk memperkasa kepakaran sukarelawan Kaunselor dan Pegawai Psikologi dalam komuniti;
  • Membantu mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial/krisis dalam komuniti
 
Syarat Keahlian :
  • Individu mempunyai lesen sebagai Kaunselor berdaftar atau
  • Pegawai Psikologi Gunasama/Bukan Gunasama; atau
  • Tahap pendidikan individu dalam bidang Kaunseling atau Psikologi (Diploma dan ke atas) dan
  • Terbuka kepada semua bangsa, jantina & agama
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Sekiranya berminat, tuan/puan boleh mengisi borang keahlian (Lampiran A) dan dihantar kepada :
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Pahang
Lot A27 & A29, Sri Kuantan Square
Jalan Teluk Sisek,
25050 Kuantan

 Atau

Faks kepada Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKMN Pahang, di talian 09-5165185
 
Sebarang pertanyaan berkenaan Psychology Support Team (PST) JKMN Pahang  boleh hubungi Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKMN Pahang di talian 09-5650222 (Puan Suhana Binti Ibrahim)

MUAT TURUN LAMPIRAN A