Pengumuman

JOM SERTAI KAMI, PENDAFTARAN KINI DIBUKA : PSYCHOLOGY SUPPORT TEAM (PST) JPKA SABAH

JOM SERTAI KAMI!!
 
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!!!
 
Matlamat penubuhan :
Pasukan ini ditubuhkan bagi memperkasakan keperluan perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dalam konteks “engagement dan outreach” dalam komuniti;
Menyediakan platform untuk memperkasa kepakaran sukarelawan Kaunselor dan Pegawai Psikologi dalam komuniti;
Membantu mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial/krisis dalam komuniti
 
Syarat Keahlian :
a. Individu mempunyai lesen sebagai Kaunselor berdaftar atau
b. Pegawai Psikologi Gunasama/Bukan Gunasama; atau
c. Tahap pendidikan individu dalam bidang Kaunseling atau Psikologi (Diploma dan ke atas) dan
d. Terbuka kepada semua bangsa, jantina & agama
e. Berumur 20 tahun ke atas

- Sekiranya berminat, tuan/puan boleh mengisi borang keahlian (Lampiran A) dan dihantar kepada :
 
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Tingkat 6 & 8, Blok B, Wisma MUIS,
Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu,
Sabah.

                       Atau

Faks kepada
Bahagian Kaunseling dan Psikologi JPKA Sabah, di talian 088-318304.
 
Sebarang pertanyaan berkenaan Psychology Support Team (PST) JPKA Sabah boleh hubungi Bahagian Kaunseling dan Psikologi JPKA Sabah di talian 088-211267.

MUAT TURUN LAMPIRAN A