Pengumuman

Kem Motivasi "Sentuhan Hati, Senyuman Alam"

Pejabat: Unit Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang dgn kerjasama PPKK Daerah Klang

Tajuk Berita/ Aktiviti: KEM MOTIVASI "SENTUHAN HATI, SENYUMAN ALAM"

Tarikh: 26 - 28 JULAI 2019 (Jumaat- Ahad)

Tempat: Kem Sungai Pauh, Tanah Rata Cameron Highland

Laporan Ringkas:
  • Penyertaan terdiri daripada kanak-kanak ahli PAKK Klang dan Sukarelawan Tunas (ST) Daerah Klang berumur 15 hingga 20 tahun.
  • Jumlah kehadiran adalah 38 orang yang terdiri dari kanak-kanak ahli PAKK, ST, ahli PPKK, Pelindung dan Pegawai Akhlak unit KK&PKM.

Objektif Program
  1. Program berbentuk pencegahan dlm usaha membantu pihak sekolah dlm menambah pengetahuan dan ilmu di luar bilik darjah.
  2. Meningkat tahap kesedaran dan kefahaman berkaitan isu dan gejala sosial di kalangan kanak2 melalui slot forum dan LDK.
  3. Meningkatkan keyakinan dan ketahanan mental dan fizikal melalui aktiviti pendakian Gunung Brinchang Barat berdurasi 7 jam pendakian dgn ketinggian 2000 kaki dr aras laut.
  4. Semangat kekawanan dan saling membantu serta pengalaman tidur di dalam khemah spjg program berlangsung.

Kaedah pengisian program:
Slot 1. Aktiviti Ice Breaking
Slot 2. Ceramah Isu Sosial d Kalangan Remaja Masakini
Slot 3. Pendakian Gunung Brinchang Barat
Slot 4. Malam Apresiasi - Forum






Turut serta bagi menjayakan program.
1. Renjer Hutan, Pejabat Hutan CH
2. Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba CH