Pengumuman

PROGRAM ROADSHOW PELAN TINDAKAN OKU 2016-2022 PERINGKAT ZON TIMUR

KUALA TERENGGANU, 10 OKTOBER 2016 – Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan Program Roadshow Pelan Tindakan OKU 2016-2022 Peringkat Zon Timur bertempat di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, Bukit Besar, Kuala Terengganu. Objektif program ini adalah untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat kepada badan-badan kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat berkenaan Pelan Tindakan OKU 2016 – 2022. Antara pengisian program ini adalah ceramah Disability Equality Training, Taklimat pendaftaran OKU serta Sesi Forum – Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat.