Pengumuman

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin Dan Tazkirah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Tahun 2018

KUALA TERENGGANU, 4 JANUARI - Pihak jabatan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JKMN Terengganu telah mengadakan  Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin Dan Tazkirah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Tahun 2018 bertempat di Surau Wisma Negeri dan Bilik Mesyuarat JKMN Terengganu bermula pada jam 8.30 pagi. Solat Hajat diadakan bersempena tahun baru 2018 dan dipermudahkan segala urusan pegawai dan kakitangan JKMN Terengganu. Tazkirah yang bertajuk Solat dan Sains telah disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin bin Senawi daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Melalui tazkirah ini, pegawai dan kakitangan dapat menambah ilmu agama berkaitan solat seperti perkara yang membatalkan solat, persoalan berkenaan wudhuk dan sebagainya.