Top banner 1

  Pengumuman:

JOM SERTAI KAMI, PENDAFTARAN KINI DIBUKA : PSYCHOLOGY SUPPORT TEAM (PST) JKM NEGERI TERENGGANU

JOM SERTAI KAMI!!
 
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!!!
 
Matlamat penubuhan :
  • Pasukan ini ditubuhkan bagi memperkasakan keperluan perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi dalam konteks “engagement dan outreach” dalam komuniti;
  • Menyediakan platform untuk memperkasa kepakaran sukarelawan Kaunselor dan Pegawai Psikologi dalam komuniti;
  • Membantu mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial/krisis dalam komuniti
 
Syarat Keahlian :
  1. Individu mempunyai lesen sebagai Kaunselor berdaftar atau
  2. Pegawai Psikologi Gunasama/Bukan Gunasama; atau
  3. Tahap pendidikan individu dalam bidang Kaunseling atau Psikologi (Diploma dan ke atas) dan
  4. Terbuka kepada semua bangsa, jantina & agama
  5. Berumur 20 tahun ke atas
-Sekiranya berminat, tuan/puan boleh mengisi borang keahlian (Lampiran A) dan dihantar kepada :
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Terengganu
Tingkat 1, Wisma Negeri,
Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu

                       Atau

Faks kepada
Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKMN Terengganu, di talian 09-6239864.

 
Sebarang pertanyaan berkenaan Psychology Support Team (PST) JKMN Terengganu  boleh hubungi Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKMN Terengganu di talian 09-6274262/ 09-6314307.

MUAT TURUN LAMPIRAN A