Pengumuman

Perutusan Pengarah



  

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.


Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kerana diberi peluang untuk memberikan ucapan  di dalam laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Salah satu objektif laman web ini adalah untuk memudahkan individu dan masyarakat maya berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis secara mudah, selesa dan cepat. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis juga turut mempunyai media sosial lainnya yang boleh dihubungi iaitu menerusi laman Facebook iaitu https://www.facebook.com/jkmperlispage. Adalah diharapkan dengan kemudahan ini masyarakat dapat mengakses maklumat terkini berkaitan perkhidmatan jabatan.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua masyarakat yang mempunyai akses ke ke media sosial supaya dapat menggunakannya dengan sebaik yang mungkin di dalam menyebarkan maklumat yang sahih dan mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah fitnah dan penyebaran maklumat palsu yang tidak diselidiki terlebih dahulu.

FIKIR SEBELUM SEBAR, SEMAK SEBELUM KONGSI”.

Terima kasih.

KU CHIK BIN KU MAT ESA
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis