Pengumuman

Taklimat Pengurusan Bencana di Kuala Lumpur Kepada Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sesi Taklimat Pengurusan Bencana di Kuala Lumpur Kepada Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sesi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan tindakan dan langkah-langkah yang diambil semasa dan selepas bencana, koordinasi makluman awal bencana dari mangsa dengan agensi terlibat, serta SOP Pengurusan Bencana.
Turut hadir YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, wakil-wakil Ahli Parlimen WPKL, serta wakil-wakil agensi termasuk Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Angkatan Pertahanan Awam Negeri WPKL, Bulan Sabit Merah Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen WPKL.
#sebarkankebaikan 

28 September 2018