Pengumuman

Pemantapan Psychological Support Team (PST) Peringkat Negeri Pahang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
22 November 2018 ~ Kuantan

Berlangsung program Pemantapan Psychological Support Team (PST) Peringkat Negeri Pahang di Dewan C, SUK Pahang.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Seri Muhammad Safian Bin Ismail.
Program ini yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertujuan untuk memantapkan kolabarasi kepakaran pengamal kaunseling dan psikologi ahli PST melaksanakan perkhidmatan semasa berlaku bencana. Seramai 170 orang ahli PST seluruh Pahang telah hadir ke program ini. Ahli-ahli PST ini adalah terdiri daripada kaunselor dari pelbagai agensi seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Jabatan Penjara, Universiti Malaysia Pahang, LPPKN, Institut Latihan Perindustrian Kuantan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kolej Komuniti, Kolej Yayasan Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kolej WILDAD, Universiti Teknologi MARA dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Antara pengisian program adalah slot ceramah bertajuk "Sukarelawan Profesional" yang disampaikan oleh Hajjah Nik Azizon Bt Nik Azemi, Pen. pengarah Kanan, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, JKMM Putrajaya, slot ceramah "Pengurusan Intervensi Krisis dan Cabaran Perlaksanaan" dan slot "Etika Profesional dan Penjagaan Kendiri" oleh Dr Mohd Zaliridzal Bin Zakaria, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.
Semoga program ini dapat meningkatkan kolabarasi semua kaunselor dan pegawai psikologi di semua jabatan dan agensi di seluruh negeri Pahang untuk membantu mangsa-mangsa bencana yang memerlukan bantuan dari segi psikologi dan emosi semasa mereka berada di pusat-pusat permindahan.

Tahniah kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling, JKM Negeri Pahang atas inisiatif negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan Psikological Support Team ini.