Pengumuman

Taklimat Kesiapsiagaan Banjir kepada Sukarelawan Tunas Warisan

22 Disember 2018 ~ Kuantan, Pahang

Berlangsung Taklimat Kesiapsiagaan Banjir kepada Sukarelawan Tunas Warisan 2018 di Tingkat 1, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pengisian program adalah :-
Slot 1 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
~ Peranan sukarelawan di Pusat Pemindahan Banjir yang disampaikan oleh En Shamri Afzan, Ketua Unit Bencana JKMN Pahang
~ Sessi soal jawab dengan para peserta berkaitan peranan Sukarelawan bersama En Zafri Bin Hamzah, Ketua Penolong Pengarah JKMN Pahang, En Mohamad Tajul Aris Bin Hassan, Ketua Bahagian Komuniti (Pembangunan Kesukarelaan), JKMN Pahang dan Puan Suhana, Ketua Bahagian Psikologi & Kaunseling JKMN Pahang

Slot 2 dari Angkatan Pertahanan Awam berkaitan dengan peranan APM dan bencana banjir yang disampaikan oleh Kapt (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman, Unit Seketariat, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang.
Kehadiran peserta sukarelawan adalah seramai 50 orang. Turut hadir bersama adalah En Wan Emril Bin Wan Embong selaku Presiden Majlis Belia Pahang.
Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada sukarelawan muda untuk terus berbakti dan menyumbang tenaga bagi membantu mereka yang memerlukan terutamanya ketika di pusat-pusat pemindahan banjir. Semoga kesukarelawanan di Pahang terus berkembang di masa akan datang.