Pengumuman

Program One Stop Help Center (KAWAN)

20 Dis 2018, Bukit Ibam, Rompin, Pahang
Berlangsung Program One Stop Help Center (KAWAN) bagi daerah Rompin, jam 9.00 Pagi -3.00 Petang, bertempat di Perkarangan Pejabat JKKK Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

Program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah :-
i) Sesi taklimat & penerangan berkaitan Bantuan Kewangan dan lain-lain perkhidmatan JKM 
ii) Sesi soal jawab
iii) Sesi temujanji kajisemula bantuan
iv) Kaunter perkhidmatan JKM
v) Penyerahan kad OKU 
vi) Permohonan pendaftaran kad OKU
vii) Pendaftaran Sukarelawan 
viii) Sumbangan pakaian terpakai dari orang ramai

Kehadiran program KAWAN pada hari ini adalah seramai 60 Orang. Program KAWAN atau dikenali juga "one stop help centre" dijalankan pada setiap minggu oleh semua JKM daerah di seluruh Pahang ke lokasi terpilih bagi tujuan penyampaian perkhidmatan JKM terus ke peringkat akar umbi.

Program ini merupakan program khidmat setempat berbentuk outreach untuk mengenalpasti mereka yang memerlukan perkhidmatan JKM dengan memberi tumpuan kepada masyarakat bandar, luar bandar, FELDA, ladang dan kawasan pendalaman di seluruh Pahang. Program KAWAN ini bergerak melalui kaedah " mobile help care".

Semoga Program KAWAN yang telah digerakkan secara berterusan pada setiap minggu ini di seluruh Pahang oleh semua JKM daerah akan dapat mencapai objektif utamanya iaitu untuk menyalurkan perkhidmatan JKM secara terus kepada masyarakat di seluruh Pahang. Seterusnya menyediakan intervensi awal kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan JKM. Semoga juga seluruh warga Pahang akan terus dilimpahi kesejahteraan sosial ("social well being").