Pengumuman

Sambutan Hari Warga Emas, Kanak-Kanak & Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Perlis Tahun 2019

Saban tahun, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis khususnya akan mengadakan program tahunan ini bagi meraikan 3 kategori golong ini iaitu warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Pada tahun ini, dapat disaksikan program telah diadakan dan telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Putra Regency , Kangar, Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis iaitu Dato' Seri Azlan Bin Man. Pelbagai persembahan yang menghiburkan hati para tetamu pada hari tersebut yang telah dipersembahkan oleh ahli PAWE, penghuni RSK, RKK, MPKK, PDK dan sebagainya.