Pengumuman

Seminar Menuju Ke Arah Negara Tua: Seiring Bersama

Seminar ini diadakan sebagai suatu platform bagi membincangkan isu-isu cabaran smasa berkaitan warga emas. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai wadah kepada masyarakat di luar bandar bagi memastikan objektif Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara akan tercapai. Seminar yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), UUM, Sintok, Kedah ini telah dirasmikan oleh YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmi Kemiskinan dan Kebajikan Kedah. Objektif Seminar adalah:

1. Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai fenomena penuaan yang sedang berlaku di Malaysia;
2. Meningkatkan peranan dan potensi warga emas secara inklusif dalam menghadapi cabaran penuaan dan negara tua; dan
3. Menyebarluaskan maklumat berkaitan isu-isu penuaan dan negara tua kepada kumpulan masyarakat yang perlbagai.