Pengumuman

Program Pengupayaan Komuniti@Kawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Unit Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengadakan Program Pengupayaan Komuniti@KAWAN Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang telah berlangsung di Masjid Jamek, Beseri Perlis pada 23 Julai 2019. Program ini telah disertai seramai 100 orang. Program yang bertujuan memberi penerangan dan taklimat berkaitan perkhidmatan jabatan dan pelancaran Program KAWAN JKMN Perlis kepada pemimpin peringkat kawasan di Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Ruzaini Bin Rais (DUN Beseri).