Pengumuman

Program Intergenerasi Warga Emas, Kanak-Kanak Dan Remaja Peringkat Negeri Perlis Dan Program Keibubapaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Program Intergenerasi Warga Emas, Kanak-Kanak Dan Remaja Peringkat Negeri Perlis Dan Program Keibubapaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah diadakan pada 16 Julai 2019 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kangar. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Psikologi & Kaunseling, Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis serta dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian, Kangar Perlis. Program yang telah dirasmikan oleh YB. Puan Gan Ay Ling (ADUN Indera Kayangan) ini bertujuan menzahirkan intipati yang terkandung dalam Dasar Warga Emas serta mengukuhkan semangat kekitaan dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga emas, kanak-kanak dan remaja.