Top banner 1

SEMINAR ON SUCCESSFUL AGEING 2017

Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Japan International Coorperation (JICA) akan menganjurkan Seminar On Successful Ageing 2017 pada 12-13 September 2017 di Institut Sosial Malaysia. Seramai 350 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, penyedia perkhidmatan warga emas, ahli akademik dan ahli pertubuhan bukan kerajaan dijangka akan menghadiri seminar ini.
 
Objektif penganjuran seminar ini adalah seperti berikut :
  1. Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang isu-isu sosioekonomi, penjagaan kesihatan, perkembangan perawatan serta keperluan sokongan psikososial warga emas; 
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan kaedah dalam menggembleng  dan menggerakkan sumber-sumber tempatan di peringkat makro dalam kerja komuniti;
  3. Memperkasakan penglibatan warga emas dalam advokasi dan pelaksanaan  program secara inklusif; dan
  4. Mempelajari  praktis amalan terbaik negara luar seperti Jepun dan negara serantau dalam memperkasakan program warga emas serta sistem sokongan psikososial.
Kemaskini Terakhir : 08/09/2017 17:08:04