Top banner 1

PASUKAN SUKARELAWAN PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (PST)

HEBAHAN KOMUNITI….
 
Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan sukarelawan Psychological Support Team (PST) dalam komuniti bagi menyampaikan perkhidmatan intervensi krisis dan sokongan psikologi kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan krisis/bencana.

Syarat-syarat penyertaan Psychological Support Team (PST) ialah:-
  • Individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kaunseling dan psikologi.
  • Borang penyertaan boleh dimuat turun disini.
  • Borang penyertaan ini perlu dikembalikan kepada Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri/Daerah tempat tuan/puan berkhidmat.
Semua individu yang berkelayakan di alu-alukan untuk menyertai PST bagi memperkasakan lagi perkhidmatan ini untuk membantu komuniti atau mangsa krisis/bencana ke arah kesejahteraan psikologikal.
 
Kemaskini Terakhir : 05/12/2017 16:57:38