Top banner 1

PERMOHONAN GERAN TASKA DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM 2019

PERMOHONAN GERAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM  
PENGENALAN  
Susulan daripada kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri  di Parlimen bahawa  semua agensi kerajaan diwajibkan mewujudkan TASKA di Tempat Kerja menjelang 1 Januari 2019, Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan.
 
Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penubuhan TASKA di Tempat Kerja juga dapat menggalakkan wanita berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahiran secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.
 
Selain itu, dengan wujudnya TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam, ianya dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal seterusnya proses membangunkan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang dapat dilaksanakan.
 
SYARAT PERMOHONAN
  1. Pejabat agensi kerajaan yang bercadang untuk menubuhkan TASKA di Tempat Kerja hendaklah merancangkan perbelanjaan mengikut Borang GT1 (Perincian Perbelanjaan Yang Dibenarkan)
  2. Geran ini tidak boleh digunakan untuk kos operasi. 
TEMPOH PERMOHONAN  
  1. Geran TASKA di Tempat Kerja Awam akan dibuka permohonan kepada semua agensi kerajaan mulai 24 Januari hingga 7 Februari 2019
PROSEDUR PERMOHONAN  
  1. Semua pejabat agensi kerajaan hendaklah mengisi Borang GT2 (Kajian Selidik Keperluan Penubuhan TASKA di Tempat Kerja) untuk menilai keperluan penubuhan TASKA di Tempat Kerja. 
  2. Pejabat agensi kerajaan yang mempunyai keperluan untuk menubuhkan TASKA hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan sebelum mengemukakan permohonan. 
  3. Permohonan Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam hendaklah dibuat dengan mengemukakan Kertas Cadangan mengikut format Borang GT3 (Contoh Format Kertas Cadangan Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam) dan disahkan lengkap oleh Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. 
  4. Permohonan yang disahkan lengkap sahaja akan dihantar kepada Urus Setia, Jawatankuasa Penilaian Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam untuk diproses dan diberi pertimbangan. 
KADAR GERAN  
  1. Jumlah geran yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada  kertas cadangan yang dikemukakan dan tidak melebihi had maksimum RM200,000.00. 
DOKUMEN PERMOHONAN GERAN TASKA 2019
  1. Carta Alir Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam
  2. Penubuhan TASKA di Tempat Kerja
  3. Panduan Permohonan Geran Penubuhan TTKA
  4. GT1 Perincian Perbelanjaan yang Dibenarkan
  5. GT2 Kajian Selidik Penubuhan TASKA di Tempat Kerja
  6. GT3 Contoh Kertas Cadangan
  7. GT5 Akuan Penerimaan Geran TASKA di Tempat Kerja Sektor Awam
  8. GT6 Laporan Perbelanjaan Geran TASKA
  9. GT7 Borang Pemindaan dan Penambahan Skop Perbelanjaan Geran
Kemaskini Terakhir : 13/02/2019 14:08:32