Pusat Transformasi Bandar

URBAN TRANFORMATION CENTRE (UTC)
  • Urban Transformation Centre (UTC) merupakan sebahagian daripada National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui kerjasama strategik antara kementerian, jabatan dan sektor swasta di bawah program NBOS6 dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta di bawah satu pusat atau bangunan. 
  • Terdapat 8 UTC yang telah beroperasi bermula tahun 2012 sehingga kini iaitu UTC Melaka, WPKL, Perak, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak. Terdapat 10 kluster UTC di sana  iaitu Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Masyarakat, Perkhidmatan Pendidikan, Latihan & Pekerjaan, Perkhidmatan Pembangunan, Perniagaan & Keusahawanan, Perkhidmatan Kesihatan, Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Kerajaan, Perkhidmatan Belia, Perkhidmatan NGO, Perkhidmatan Utiliti dan Perkhidmatan Keselamatan. 
  • Kluster Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dibahagikan kepada tiga agensi yang memberikan perkhidmatan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JKM telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kepada dua UTC iaitu UTC Melaka dan Pahang. 
  • Kaunter pertanyaan JKM yang dibuka memudahkan pelanggan atau masyarakat mendapatkan perkhidmatan yang disediakan seperti permohonan bantuan JKM. 
  • Kluster UTC KPWKM beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam iaitu terbahagi kepada dua syif bertugas (M1: 8 pagi hingga 5 petang) dan (M2: 5 petang-10 malam) dari Isnin hingga Ahad. 
  • Pelbagai program dan aktiviti yang boleh dijalankan di UTC seperti Hari Bersama Pelanggan yang bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan JKM boleh diperolehi di UTC.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021