Pengurusan Bencana

TAKRIF BENCANA
Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif.
 
TAHAP PENGURUSAN BENCANA
Merujuk kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 (Semakan Semula): Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Bencana hendaklah dikendalikan mengikut tahap-tahap seperti berikut:-
 
BencanaTahap I
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan Bencana di peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.
 
BencanaTahap II
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri yang sama yang memerlukan penggemblengan sumber di peringkat Negeri dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat yang terhad.
 
BencanaTahap III
Pengurusan dan pengendalian kejadian Bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat kompleks yang memerlukan penyelarasan dan penggemblengan sumber di peringkat Pusat atau bantuan luar Negara.
 
Tarikh Kemaskini : 29/01/2020