Pusat Pemindahan

TAKRIF PUSAT PEMINDAHAN
Bangunan atau kawasan yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan boleh digunakan untuk menempatkan mangsa-mangsa Bencana. Bangunan/kawasan ini perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti ruangan, bekalan air bersih, elektrik, kemudahan membersih diri dan sentiasa selamat digunakan.
 
Pengurus dan Jawatankuasa Pusat Pemindahan
  • Pengurus      
          a)Mengetuai Jawatankuasa Pusat Pemindahan
           b)Dilantik di kalangan Pegawai JKM
  • Penyelia              
         a)Membantu Pengurus mengendalikan Pusat Pemindahan                                                                                      
          b)Boleh dilantik di kalangan Ketua Jabatan/ Agensi/ Ketua Komuniti/Guru Besar/ Pengetua dan lain-lain yang berkelayakan
 
  • Ahli Jawatankuasa - dilantik bagi mengetuai tujuh (7) Jawatankuasa Pusat Pemindahan seperti berikut
            (i)         Jawatankuasa Pendaftaran Mangsa
            (ii)        Jawatankuasa Bekalan Keperluan
            (iii)       Jawatankuasa Makanan
            (iv)       Jawatankuasa Kesihatan & Kebersihan
            (v)        Jawatankuasa Keselamatan
            (vi)       Jawatankuasa Aktiviti
            (vii)      Jawatankuasa Sukarelawan
 
Tarikh Kemaskini : 20/06/2016