Bengkel Daya/ Terlindung

Pengenalan
Bengkel Daya merupakan Bengkel Terlindung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikhususkan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di unit-unit kerja kepada pekerja OKU. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Pada masa ini terdapat dua (2) buah BD iaitu:
  1. Bengkel Daya Klang
  2. Bengkel Daya Sungai Petani

Objektif
  1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya yang sukar mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka.
  2. Meningkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran pekerja OKU.
  3. Memberi sumber pendapatan kepada pekerja OKU.

Syarat-Syarat Permohonan Kemasukan
  1. Warganegara Malaysia
  2. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  3. Katogeri OKU Masalah Pembelajaran (Mild) atau OKU Fizikal
  4. Berumur 18 tahun-45 tahun
  5. OKU boleh berdikari
  6. Tidak ada penyakit berjangkit
Cara Permohonan Kemasukan
Ibu bapa/penjaga atau Orang Kurang Upaya (OKU) berminat dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan kemasukan ke Bengkel Daya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman. Pemohon akan diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan. OKU yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga untuk penilaian kemasukan ke Bengkel Daya.
 
Unit Kerja (Bengkel Perusahaan)
 Antara unit-unit kerja yang terdapat di Bengkel Daya berkenaan seperti berikut:
  1. Jahitan
  2. Sulaman
  3. Roti dan Pastri
  4. Dobi
  5. Peruncitan
  6. Bistro (Restoren)
Tarikh Kemaskini : 07/12/2017