Info Bahagian

PENGENALAN

Bahagian Komuniti telah diwujudkan pada tahun 1983 dengan dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Sosial. Selaras dengan keperluan semasa, Bahagian ini telah ditukar kepada Bahagian Perundingan dan Khidmat Masyarakat (PKM) pada tahun 1988. Pada Ogos 2005, Bahagian ini telah ditukar ke Bahagian Pembangunan Komuniti dan bermula pada Februari 2014 sehingga kini ,Bahagian ini diberi nafas baru dan dikenali sebagai Bahagian Komuniti.

Bahagian Komuniti ini menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam Pembangunan Komuniti melalui penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti Setempat, Sektor Swasta, Para Sukarelawan dan Komuniti tempatan yang dilakukan melalui kerjasama Strategik.
 
Tarikh Kemaskini : 10/01/2024