Job Coach Information Centre @ PLPP

Job Coach Information Centre @ PLPP telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun pada 26 April 2016. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memberi sokongan pekerjaan“Supported Employment”  kepada pelajar PLPP. Antara perkhidmatan yang diberikan  seperti berikut:-

• Memberi penerangan mengenai pekerjaan yang sesuai;
• Membantu melengkapkan borang permohonan pekerjaan,
• Membantu dalam penyediaansume;
• Memberi sokongan sebelum dan  semasa memperoleh pekerjaan;
• Memberi sokongan intensif tempat kerja kepada mereka yang    memerlukan; dan
• Memantau serta membuat follow-up kepada OKU yang bekerja untuk memastikan mereka kekal dalam pekerjaan.

Tempoh sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap ketidakupayaan OKU itu sendiri.
 
Tarikh Kemaskini : 07/12/2017