Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP)

BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN
Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) adalah Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan PELAKSANAAN PROGRAM Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Bantuan Kewangan KERAJAAN diagihkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan. Juga sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Terbuka untuk semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.

NGO boleh memohon BKP melalui 3 agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu sama ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berdasarkan Bidang Keutamaan.

Semua pemohon yang berjaya perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Program Bantuan dan Geran (sila klik di sini untuk muat turun Garis Panduan) 

Semua NGO perlu memberi PENGIKTIRAFAN KEPADA KERAJAAN melalui ANJURAN BERSAMA dengan KPWKM dengan penggunaan LOGO KERAJAAN.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN NGO DAN PROGRAM BAGI PERMOHONAN BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN

a. NGO Yang Layak Diberi Pertimbangan Adalah Seperti Berikut :
  1. Menjalankan program kepada kumpulan sasar Kementerian  dan menepati bidang keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian;
  2. Ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan  dan diiktiraf oleh KPWKM bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negara ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita,keluarga dan masyarakat;
  3. Tidak berorientasikan keuntungan;
  4. Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan lebih dipertimbangkan; dan
  5. Mempunyai perancangan yang konkrit untuk membiayai sendiri program selepas tempoh penerimaan peruntukan.
 
b. Program Yang Layak Dipertimbangkan Adalah Seperti Berikut :
  1. Selaras dengan bidang-bidang keutamaan yang telah ditetapkan untuk program pembangunan kumpulan sasar KPWKM, mengikut BIDANG KEUTAMAAN seperti berikut:
 
  • Pembangunan Wanita (Perlu memohon melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sila layari www.jpw.gov.my)
  • Latihan dan Peningkatan Kemahiran
  • Peningkatan Kapasiti Wanita
  • Literasi Undang-undang
  • Pengurusan Emosi
  • Menangani Keganasan Terhadap Wanita
  • Kepekaan Gender
 
  • Pembangunan Keluarga (Perlu memohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sila layari www.lppkn.gov.my)
  • Kekeluargaan
  • Keibubapaan
  • Kebapaan
  • Persediaan Perkahwinan
  • Pemantapan Perkahwinan
  • Pembangunan Remaja
  • Kesihatan Reproduktif
 
  • Pembangunan Masyarakat (Perlu memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM))
  • Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
  • Advokasi dan Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
  • Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
  • Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
  • Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
  • Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa,Pengemis dan Gelandangan
  • Kajian dan Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  • Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
  • Persediaan Persaraan
  1. Program yang memberikan impak yang besar dan bersifat jangka masa panjang kepada kumpulan sasar;
  2. Tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu agama, perkauman dan politik;
  3. Memberi manfaat kepada kumpulan sasar;
  4. Keutamaan akan diberi kepada NGO yang belum pernah menerima peruntukan daripada KPWKM; dan
  5. Program bagi permohonan baru hanya akan dipertimbangkan setelah Laporan Pelaksanaan Program lengkap diterima oleh Jabatan.. (sila klik di sini untuk panduan perlaksanaan program BKP)

PROSEDUR PERMOHONAN
  1. Menggunakan Borang Permohonan Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan).
  2. Mengemukakan permohonan Tidak Lewat daripada 3 bulan sebelum tarikh cadangan pelaksanaan program;
  3. Mengemukakan Kertas Kerja (sila klik di sini untuk Format Kertas Kerja) yang mengandungi perkara berikut:
  • Tajuk program
  • Tujuan program
  • Latar belakang program
  • Objektif program
  • Komponen program
  • Cadangan tarikh
  • Cadangan tempat
  • Kumpulan sasar
  • Bilangan peserta
  • Bilangan program
  • Kaedah pelaksanaan
  • Tentatif aturcara program
  • Anggaran perbelanjaan
  • Faedah
  • Kesimpulan
 
  1. Mengemukakan satu (1) salinan dokumen seperti berikut:
  • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang disahkan Pendaftar Pertubuhan atau Pesuruhjaya Sumpah
  • Perlembagaan Pertubuhan atau Memorandum of Articles
  • Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan terkini
  • Borang Permohonan yang diisi lengkap
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pengerusi dan Setiausaha
  • Permohonan yang lengkap boleh di hantarkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Negeri yang berhampiran (Rujuk Direktori https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT09)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Masyarakat)
Bahagian Komuniti
No. Tel: 03-8323 2378/2381
Website: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php  
Email:adminjkm@jkm.gov.my
 
  1. Jabatan Pembangunan Wanita (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Wanita)
Bahagian Pembangunan Kapasiti
Aras 23-25
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8323 1000
No. Faks: 03- 8323 2034
Website: www.mywanita.gov.my
Email: info@jpw.gov.my
 
  1. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (bagi Bidang Keutamaan Pembangunan Keluarga)
Bahagian Perancangan Korporat
Aras 20, Bangunan LPPKN 12B,
Jalan Raja Laut
Peti Surat 10416
50712 Kuala Lumpur
Tel: 03-26937555
Website: www.lppkn.gov.my
emel: penduduk@lppkn.gov.my
Tarikh Kemaskini : 31/01/2024